Posted on November 13, 2010
Pengenalan.
  Putrajaya adalah merupakan sebuah bandar yang dikenali melalui  senibina bangunannya dan lanskap yang indah selain fungsinya sebagai  sebuah pusat pentadbiran negara Malaysia. Putrajaya tercipta apabila  Kerajaaan Malaysia mahu mewujudkan sebuah pusat pentadbiran baru dan  meninggalkan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan kewangan negara. 
Terbahagi kepada dua kawasan utama iaitu Kawasan Teras dan Kawasan  Pinggir. Dimana di Kawasan Teras yang merangkumi keluasan seluas 1069  hektar, dibahagikan kepada lima Percint yang dinamakan sebagai Precint  Kerajaan, Percint Komersil, Persint Sivik dan Kebudayaan, Persint  Pembangunan Campuran dan Persint Rekreasi dan Sukan.Dihubungkan dengan  jalan utama  sejauh 4.2km.Kawasan Teras ini bakal menjadi sebuah kawasan  utama bagi acara-acara sambutan peringkat kebangsaan, festival dan  acara kebudayaan.
  Kawasan pinggir Putrajaya mengandungi 15 kawasan dengan saiz-saiz  pelbagai. 12 daripada 15 kawasan ini membentuk kawasan kediaman.  Perancangan dan reka bentuk kawasan kediaman Putrajaya berlandaskan satu  identiti pusat tumpuan, pelandskapan dan rawatan alam untuk orang  ramai. Sejumlah 67,000 buah rumah julat berbeza-beza, saiz-saiz, jenis  dan ketumpatan telah dirancang untuk semua sektor.
Mengikut Perancangan Struktur, Putrajaya dibangunkan untuk memenuhi  kriteria berikut:
  1) Bandar Pintar
  2) Bandar Dalam Taman
  3) Pusat Pentadbiran Negara
  4) Sebuah bandar yang dikawal dan dijaga fizikalnya
  5) Sebuah bandar dengan persekitaran hidup yang berkualiti tinggi
  6) Sebuah bandar yang mengutamakan pengangkutan awam.
Konsep.
  Konsep bandar ini adalah sebagai sebuah ‘Bandar Pintar’ dan ‘Bandar  Dalam Taman’. Sebagai contoh, didalam konsep Bandar Dalam Taman,  Putrajaya merupakan sebuah bandar yang memulihara eko sistem melalui  perancangan landskapnya sambil mempromosikan kehidupan yang aktif.
Konsep Bandar Dalam Taman adalah berkaitan dengan perkara berikut:
  1) Bentangan
    i)  satu paksi rasmi berselang-seli dengan ciri-ciri berbuku
    ii) satu kepelbagaian bidang-bidang kegiatan tidak rasmi dan rasmi.
  2) Landskap
    i)   38 peratus tanah dikategorikan sebagai kawasan hijau.
    ii)  perhutanan semula
    iii) mencipta satu rangkaian ruang-ruang terbuka.
  3) Rekabentuk Urban.
    i)   direka untuk menyesuaikan topografi, iklim tempatan dan  norma-norma kebudayaan
    ii)  mengoptimumkan pandangan panoramik indah
    iii) kewujudan bangunan-bangunan pintar dengan ciri-ciri  infrastruktur.
  4) Wawasan.
Putrajaya tercipta dengan beberapa ideologi mudah: (berdasarkan Doktrin Perancangan)
    i)   Manusia dan PenciptaNya
    ii)  Manusia dan Manusia
    iii) Alam dan Manusia
Bandar Pintar.
  Putrajaya diolahkan sebagai salah satu daripada dua ‘bandaraya  pintar’ di bawah projek Koridor Raya Multimedia. ianya merupakan sebuah  kawasan 15km x 50km dan diduduki oleh pihak syarikat yang mengusahakan  produk berteknologi tinggi, sama seperti versi Silicon Valley di  Carlifornia, Amerika Syarikat.
Komponen utama bagi koridor raya multimedia ini ialah kerana  pertalian antara Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur, Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur , Cyberjaya Dan Putrajaya yang terikat oleh  satu rangkaian gentian optik yang menyediakan penghubung komputer. Oleh  kerana lokasi Putrajaya yang diletakkan sebagai pusat bagi zon ini,  penduduk-penduduk boleh mengharapkan akses Internet berkelajuan tinggi  dengan kemudahan-kemudahan lain, sejajar dengan konsep kerajaan  elektronik.
Sebuah lagi Bandar Pintar adalah Cyberjaya yang merupakan jiran  kepada Putrajaya dimana disini, segala kajian dan pembangunan mengenai  teknologi maklumat dilakukan.
Garis Panduan Pembangunan.
  Untuk mendirikan sesuatu bangunan di sini, beberapa garis panduan  haruslah ditetapi. Antaranya ialah:
   1) Garispanduan rekabentuk bandar 
   2) Garispanduan pengurusan ‘stormwater’
   3) Garispanduan rekebentuk pengangkutan
   4) Garispanduan pengurusan alam sekitar
   5) Garispanduan sistem saliran
   6) Garispanduan rekabentuk iklan dan papan tanda
   7) Garispanduan pengurusan tasik.
Konsep Rekabentuk.
 Untuk memenuhi objektif kepada perancangan asal Putrajaya, 10 konsep  rekabentuk sivik telah diambil kira dalam perancangan Precint Kerajaan,  iaitu:
  1) Organisasi dan orientasi
  2) Kawasan lapang dan tanah
  3) Sirkulasi kenderaan
  4) Tempat letak kenderaan
  5) Permulaan alamat dan perkhidmatan
  6) Pengangkutan awam
  7) Ketinggian bangunan
  8) Mercutanda dan kawasan-kawasan menarik
  9) Sirkulasi kenderaan
  10) Fasa pembangunan.
Dimana, didalam nota perancangan asal dinyatakan bahawa :
  1) Aspek-aspek di atas yang membentuk struktur dan asas kepada pelan  pelan yang lebih komprehensif dengan mengambil kira bentuk, fungsi dan  prinsip-prinsip estetika. Yang mana hasil daripada itu dapat  menggambarkan konsep keseluruhan Precint Kerajaan.
  2) Organisasi dalam Precint Kerajaan ditentukan selanjutnya mengikut  sususan fizikal berdasarkan hierarki jabatan kerajaan, sensitiviti  budaya dan pendedahan awam. 
  3) Lokasi dan orientasi bangunan perlu berkait rapat dengan lokasi,  keaddan fizikal, kebudayaan dan mercutanda seperti Masjid Putra,  mercutanda, Dataran Putra, Jambatan Putra dan Taman Botani.
  4) Perancangan dan jalan masuk0keluar ke tempat-tempat istimewa  seperti Taman Putra Perdana dan kemudahan VIP memerlukan perancangan  yang lebih teliti meliputi aspek keselamatan, perkhidmatan,  telekomunikasi dan keperluan budaya masyarakat setempat dan  antarabangsa.
  5) Nisbah Plot dalam Precint Kerajaan adalah 1.4 untuk parcel-parcel  Kerajaan dan 2.3 untuk parcel-parcel Komersil. Nisbah plot ini akan  memastikan bahawa pembangunan dalam precint ini akan dikekalkan pada  densiti yang rendah dan sederhana.
Kedudukan Bangunan.
  Daripada pembahagian dua kawasan yang telah dinyatakan (kawasan teras  dan kawasan pinggir) Putrajaya dengan sendirinya telah terbahagi kepada  beberapa bahagian.Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa bahagian  di sini. Antaranya ialah:
1) Kawasan Bangunan Pentadbiran. (kawasan teras)
2) Kawasan Perumahan (kawasan pinggir)
3) Kawasan Rekreasi dan Hiburan.(kawasan teras)
Kawasan Bangunan Pentadbiran.
  Terbahagi kepada beberapa kawasan yang dipanggil sebagai Presint. Di  sini, terdapat dua bahagian kawasan tersebut. Di Persint 2 dan Pusat  Pentadbiran Kerajaan Pusat. Dimana, di Persint 2 atau yang dipanggil  sebagai Pusat Bandar, diletakkan sebaris bangunan kompleks seperti  bangunan Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman (Palace Of Justice) dan  Wisma Putra. Manakala Di Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat pula,  diletakkan bangunan di dalam bentuk sebuah bulatan besar. Dan dibahagi  kepada beberapa bangunan ataupun dipanggil Parcel seperti Parcel E yang  mempunyai bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan  & Kementerian Pengajian Tinggi.
  Mengapakah bangunan ini diletakkan sebegitu? ini adalah untuk  memudahkan para pengunjung untuk berurusan di sini. Di Putrajaya juga  digalakkan para pengunjung untuk menggunakan kemudahan Park & Ride  dimana pengunjung hanya perlu meletakkan kenderaan mereka di tempat yang  telah disediakan dan menggunakan khidmat pengangkutan bas yang  disediakan. 
Dari segi senibinanya, jelas sekali bangunan disini dikawal dari segi  rupa luarannya agar menyamai ‘standard’ yang telah ditetapkan.  Kebanyakkan bangunan disini diserlahkan dengan rupa senibina moden  seperti yang dapat dilihat pada bangunan Kementerian Kewangan. Selain  daripada itu, terdapat juga unsur unsur senibina Timur Tengah yang  diketengahkan seperti yang dapat dilihat melalui binaan kubah gaya  masonry pada Jabatan Perdana Menteri dan Palace Of Justice (Istana  Kehakiman).
  Namun terdapat satu kelemahan pada Bangunan-Bangunan di Pusat  Pentadbiran Kerajaan Pusat dimana kepada para pengunjung yang tidak  menggunakan kemudahan Park & Ride, kemudahan untuk meletakkan  kenderaan adalah agak sukar. Tidak disediakan tempat meletak kenderaan  pada kompleks-kompleks ini melainkan hanya untuk kepada pekerja dan  staff bangunan tersebut melalui pas yang telah disediakan.
Di dalam perancangan asal Putrajaya ada dinyatakan perkara bahawa  ianya bakal menjadi sebuah bandar yang mengutamakan pengangkutan awam,  tetapi jelas sekali, masyarakat belum bersedia ke arah tersebut.  Ataupun, adakah ianya satu sistem yang gagal diterapkan dan disampaikan  kepada rakyat Malaysia.
Kawasan Perumahan
(kawasan teras & pinggir)
(kawasan teras & pinggir)
  Kawasan perumahan disini diletakkan secara rawak melalui rancangan  asal pembangunan disini. Beberapa kawasan perumahan dapat dilihat  disekitar Presint 7, 14 & 18. Sebagai contoh, di Presint 7, para  penduduk diletakkan berasingan daripada Kawasan Pentadbiran. Mereka  dihubungkan melalui Jambatan yang dipisahkan oleh sebuah tasik. Di  sebuah kawasan penempatan penduduk pula, disediakan kemudahan-kemudahan  seperti Pasar Awam, Bank, Medan Selera dan Gerai. 
Ini adalah antara perancangan awal untuk memudahkan para penduduk ini  mendapatkan akses kepada perkara-perkara harian. Kebanyakkan bangunan  disini didominasi oleh bangunan jenis Pengsapuri berbanding kawasan  perumahan seperti rumah teres, banglo dan taman perumahan.
Apa yang menarik ialah jenis kawasan perumahan tanpa pagar yang  dibina disini. Dapat dilihat melalui cara susunan rumahnya, ianya tidak  seperti kawasan perumahan biasa. Perumahan teres disini dibina melalui  cara bulatan dan diletakkan kawasan hijau yang mempunyai taman permainan  kanak kanak dan pondok pondok untuk riadah ditengahnya.Ini adalah  kerana untuk memberi respon kepada rancangan awal pembinaan Putrajaya  sebagai sebuah bandar yang mengekalkan dan memulihara eko sistem melalui  kawasan hijaunya.
Kawasan Rekreasi dan Hiburan.
(kawasan teras)
(kawasan teras)
  Seperti apa yang telah ditulis, Putrajaya dibangunakan sebagai sebuah  Bandar Dalam Taman dan dengan kewujudan beberapa buah taman tema  disini, jelas sekali apa yang cuba dicapai oleh perekabentuknya. Untuk  mewujudkan sebuah bandar dalam taman, bandar Putrajaya melalui sistem  perancangan yang betul telah cuba memulihara kawasan hijaunya.Sebagai  contoh bangunan Wisma Putra yang dibina di atas bukit di Persint 18.  Dapat dilihat bentuk asal sebuah bukit dikekalkan. Hanya binaan bangunan  dan jalan akses sahaja yang dibina. 
  Begitu juga tema taman-taman awamnya yang lebih bercorakkan kepada  taman hijau. Ini dapat dilihat melalui pembinaan beberapa taman awam  seperti Taman Warisan Pertanian yang berkonsepkan sebuah ladang yang  didominasi tumbuhan hijau dan beberapa taman tema yang didirikan di  sekitar tasik.
  Di sepanjang jalan juga turut ditanam dengan  tumbuhan hijau yang  berfungsi sebagai tempat berteduh dan sebagai satu cara untuk  mengimbangi diantara pembinaan dan pemuliharaan di sini.Selain itu, pusat membeli belah Alamanda dilihat sebagai salah satu  cara penduduk disini untuk membeli belah dan sebagai satu cara aktiviti  keluarga selain mengunjungi taman taman tema awam yang terdapat disini.  Terletak di Percint 1, Alamanda dilihat sebagai sebuah kawasan penduduk  Putrajaya berkumpul di hujung minggu. Tidak ketinggalan rekabentuknya  yang turut mesra alam melalui pembinaan taman dan tasik buatan  disekitarnya.
Well done Safuan..Sharing knowledge meant exploring knowledge. Blog yang kemas..cantiik.
ReplyDeletehurm.."ilmu untuk disampaikan"..sye taknak serabut kan kepala ngan benda bkn2...
ReplyDeletehmmm...bgus2....
ReplyDeletennt cter lak psai bndar aku.....bndr KhAiruL..
heheh
ecece..rajin plak ko dok cite sal menda nie
ReplyDeletemmg terbaik la!
good2